Sunday 31 August 2014

PERANCANGAN 2 : PENAMBAHBAIKAN PADANG DAN SISTEM PERPARITAN

[BERITA PIBG SKAMD]
 
PERANCANGAN 2 :
 
PENAMBAHBAIKAN PADANG DAN SISTEM PERPARITAN
 


 
 





 
MASALAH PADANG
Setelah 17 tahun sekolah ini beroperasi, sepatutnya kita telahpun menjadi sekolah berstatus remaja, yang dapat melakukan segala aktiviti dengan kemudahan yang sempurna.
Kita mempunyai padang sekolah yang agak luas. Mengikut saiz padang sekarang, kita boleh menempatkan anggaran tiga padang bola sepak. Namun cuma separuh sahaja kawasan padang tersebut dapat digunakan. Separuh padang lagi tidak dapat digunakan disebabkan kawasan tersebut agak rendah dan akan ditakungi air jika hujan.
Disebabkan keadaan padang yang tidak menepati piawaian yang diperlukan, pihak sekolah bersama PIBG telah mengambil keputusan untuk menganjurkan majlis sukan tahunan SKAMD 2014 pada 19/06/2014 di SMK USJ 23, UEP Subang Jaya.
Ini amat menyedihkan kerana kita mempunyai pelajar, guru-guru dan ibu bapa yang bersemangat tinggi untuk menaikkan taraf sukan ke peringkat yang lebih tinggi namun tidak dapat mengguna padang sendiri untuk melakukan latihan, perlawanan dan aktiviti yang sepatutnya.
SEMANGAT DAN DEDIKASI
Contohnya, pasukan hoki sekolah yang baru ditubuhkan pada tahun 2013 telah mara hingga ke peringkat Daerah Petaling Perdana pada tahun 2013 dan 2014. Tiga orang pelajar SKAMD telah mewakili Daerah Petaling Perdana pada tahun 2013 dan seorang pemain juga mewakili Daerah Petaling Perdana pada tahun 2014.
Ini disebabkan guru yang terlibat, Cikgu Muhammad Norulhayat Razali adalah pengurus Kontinjen Hoki Lelaki Bawah 18 Tahun Negeri Selangor ke MSSM 2012. Beliau sebelum ini bertugas di SK Seksyen 20, Shah Alam. Setelah dipindahkan ke SKAMD pada tahun 2013, beliau terus menubuhkan pasukan hoki lelaki dan perempuan. Pada peringkat awal pasukan hoki ini terpaksa meminjam peralatan hoki daripada pasukan lain untuk memasuki pertandingan. Dengan sokongan dan bantuan daripada ibu bapa, kita telah membeli peralatan dan jersi pasukan hoki yang baru pada tahun ini.
Kita juga telah mendapat Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum yang baru pada tahun ini, Cikgu Azhar Ahmad yang begitu komited untuk menaikkan taraf sukan sekolah ini. Beliau sebelum ini bertugas di SK Bukit Jelutong, Shah Alam yang telah melakukan tugas sebagai guru sukan yang berjaya menaikkan nama sekolah berkenaan.
KEMUDAHAN YANG LENGKAP
Jika mendapat peruntukan yang mencukupi, kita harap padang tersebut dapat ditambak sepenuhnya dan menggunakan rumput yang bersesuaian dengan program sukan. Sistem perparitan disekeliling padang yang sedia ada sekarang juga perlu diperbaiki agar pengaliran air lebih sempurna dikawasan sekitar padang tersebut. Kawasan padang tersebut boleh menempatkan padang bola sepak dan trek larian, hoki, bola jaring, bola tampar, takraw, lompat jauh, lompat tinggi, memanah dan pelbagai lagi.
---------------------------------
Sumbangan awal kepada tabung PIBG:
NAMA: PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN ALAM MEGAH DUA
BANK ISLAM: 12159010006531
sek keb alam megah 2


No comments:

Post a Comment