Monday 24 November 2014

MASALAH TEKANAN AIR RENDAH:

TEKANAN AIR RENDAH: November 2014
Hasil kerjasama pihak sekolah dan PIBG, masalah tekanan air yang rendah dan bil air yang terlalu tinggi telah dapat diselesaikan.
Pihak JKR dan SYABAS telah melakukan pemasangan paip yang baru bagi menggantikan paip bawah tanah yang dipercayai berkarat dan kemungkinan ada kebocoran.











SEMAK SLIP PEPERIKSAAN PELAJAR ONLINE (SAPS)

Ibubapa / penjaga boleh menyemak keputusan peperiksaan pelajar setiap peperiksaan di sekolah secara online melalui laman web berikut:

http://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/





Thursday 20 November 2014

SKAMD DI AKHBAR SINAR HARIAN 20 NOVEMBER 2014

SKAMD DI AKHBAR SINAR HARIAN 20 NOVEMBER 2014

Biro Ekonomi berusaha mencari Dana Tambahan Projek Tapak Perhimpunan Berbumbung. 
Semoga ada yang sudi membantu.

Nama akaun : PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN ALAM MEGAH DUA
No akaun : BANK ISLAM 12159010006531

Sebarang maklumat sila hubungi kami melalui:
email: pibgskamd@gmail.com ; 

Tel/Whatsapp: En zaini 0192184120 / Pn Azean 0123808746



Tuesday 4 November 2014

HARI KEMUNCAK DAN PENUTUP SIHATHON SKAMD 2014

01 November 2014

SIHATHON SKAMD 2014

Hari kemuncak SIHATHON berjalan dengan amat meriah dan penuh ceria.

Jumlah kutipan kad Sihathon daripada murid, ibu bapa, guru dan ajk pibg adalah melebihi RM58,000.00. 

PIBG akan terus berusaha menambahkan dana agar matlamat untuk membina tapak perhimpunan berbumbung terbina di dataran sekolah ini.

Terima kasih dan tahniah kepada semua yang telah menjayakan program ini.

























Lebih banyak gambar di facebook SK Alam Megah Dua dan PIBG SKAMD

Thursday 30 October 2014

JUALAN & LELONGAN AMAL SIHATHON SKAMD 2014

JUALAN & LELONGAN AMAL SIHATHON SKAMD 2014


Jualan secara tertutup telah barmula pada hari ini, 30/10/2014 sehingga esok, 31/10/2014 kepada guru, pekerja dan pelajar sekolah.


Harap ibubapa dan guru dapat membawa apa sahaja barangan yang masih elok untuk menambah stok jualan. Pada hari sabtu, 01/11/2014 iaitu hari kemuncak SIHATHON pun kita sanggup menerimanya.


Harga Istimewa, MURAH!!!



Friday 24 October 2014

BINA DEWAN BERBUMBUNG DENGAN RM300

KEPADA IBU BAPA & WARGA SKAMD:

HANYA DENGAN RM300, KITA DAPAT MEMBINA DEWAN BERBUMBUNG.

SIHATHON SKAMD : SASARAN RM300,000 TERCAPAI JIKA:-



SKAMD mempunyai jumlah murid seramai lebih kurang 930 orang, ibubapa 700 orang dan guru 55 orang. Sasaran di atas akan tercapai jika salah satu atau kesemua kaedah berikut dapat dilaksanakan-:



KAEDAH 1:
Kutipan Minimum RM300.00/KAD
Jika sumbangan daripada ibu sekurang-kurangnya RM100 dan bapa juga RM100, sasaran RM300/kad akan dapat dicapai dengan mudah. Selebihnya, mintalah sokongan majikan kita, rakan sekerja, jiran tetangga, saudara mara, ahli keluarga untuk menambahkan lagi kutipan.
Namun yang paling penting adalah kita sendiri yang kebanyakannya pasangan yang berkerjaya untuk memberi sumbangan sebanyak mungkin demi mencapai matlamat SIHATHON 2014.

Wednesday 22 October 2014

JUALAN & LELONGAN AMAL SKAMD

JUALAN & LELONGAN AMAL SKAMD

Sempena Sihathon SKAMD, PIBG akan membuka satu Kedai Mini Jualan & Lelongan Amal untuk orang awam pada 01/11/14.

Harga Istimewa, MURAH!!!

Kebanyakan barang akan dijual pada harga RM1 - RM10. Jika harga melebihi RM10, barangan akan dijual secara rundingan atau lelongan.

Antara barangan yang akan adalah baju kurung, seluar, baju-T, beg tangan, perhiasan wanita, tudung, topi, tali leher, topi, mainan dan pelbagai lagi.

Jika anda mempunyai barangan baru atau terpakai tetapi masih elok dan tidak diperlukan lagi, sila serahkan kepada kami untuk dijual. Hasil jualan akan diserahkan sepenuhnya kepada tabung PIBG.

Wednesday 15 October 2014

SKAMD NAIB JOHAN PROGRAM DOKTOR MUDA BERSAMA LIFEBUOY PERINGKAT KEBANGSAAN 2014

Tahniah Warga SKAMD:

SK Alam Megah Dua telah mendapat Naib Johan Program Doktor Muda Bersama Lifebouy Peringkat Kebangsaan 2014.

Ganjaran hasil kemenangan:
Wang Tunai RM3,000.00 berserta 1 Tahun Bekalan Pencuci Tangan Lifebuoy dan 10 Unit Dispenser Cucian Tangan.
Maklumat Program Doktor Muda Lifebuoy Di Akhbar Kosmo


SKAMD TEMPAT KE-3 PERTANDINGAN KATMO BOLA JARING PPDPP 2014

Tahniah Wirawati SKAMD...

Pasukan Bola Jaring SKAMD telah memenangi Tempat Ke-3 Pertandingan KATMO Bola Jaring PPDPP 2014. Tahniah kepada guru-guru pengiring Pn Hjh Zaleha, Pn Asma, Pn Fairuz Kamila, Pn Wan Kamaismasuny dan Cik Roziyana... Tahniah!!!




Wednesday 1 October 2014

TUJUAN, FUNGSI, TUGAS DAN PERATURAN PERSATUAN IBU BAPA-GURU (PIBG)



AKTA PENDIDIKAN 1996

PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN
(PERSATUAN IBU BAPA & GURU) 1998
[Sub peraturan 7(2)]

PERLEMBAGAAN PERSATUAN IBU BAPA-GURU (PIBG)


SEKOLAH :
Nama dan Alamat
1. Persatuan ini dikenal dengan nama: Persatuan Ibu Bapa – Guru Sekolah ………………………………………………................
2. Alamat yang didaftarkan bagi Persatuan ini ialah:
………………………………………………................
Tujuan-tujuan Persatuan
       3. Tujuan-tujuan Persatuan ialah:
        a) untuk mengadakan sesuatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan  kemajuan   murid-  
        murid dalam Sekolah dalam meningkatkan imej Sekolah; 

Monday 29 September 2014

KATA-KATA ALUAN YDP PIBG SKAMD SESI 2014/15


En Mohd Yusrizal Mohd Yusof [YDP PIBG SKAMD]

Kata-kata Aluan YDP untuk Blog PIBG SKAMD 2014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Bersua kita lagi kali ini dalam blog PIBG SKAMD 2014.  

Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada semua AJK dan guru-guru yang sama-sama bertungkus lumus melaksanakan tugas di dalam PIBG kita. Tugas ini bukannya senang memandangkan kebanyakkan daripada kita ada tugas hakiki masing-masing, baik di tempat kerja mahupun di rumah.  Namun begitu, oleh kerana tanggungjawab telah diberikan kepada kami, maka kami cuba sedaya upaya, dengan izin Allah.

Wednesday 24 September 2014

BORANG SUMBANGAN ONLINE TABUNG PIBG SKAMD

BORANG SUMBANGAN ONLINE TABUNG PIBG SKAMD

BORANG SUMBANGAN

Nama akaun : PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN ALAM MEGAH DUA
No akaun : BANK ISLAM 12159010006531


Sila isikan segala maklumat di dalam borang tersebut untuk direkodkan ke akaun PIBG.

Tuesday 23 September 2014

Majlis Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah SKAMD

[BERITA PIBG]

Tarikh : 07hb April 2014
Aktiviti : Majlis Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah Kebangsaan Alam Megah Dua



SIHATHON SKAMD 2014 :: BANNER

SIHATHON SK ALAM MEGAH DUA

Dijemput semua warga SKAMD dan seluruh penduduk kejiranan 
menghadirkan diri ke acara kemuncak ini disamping menghulurkan 
sumbangan kepada tabung PIBG SKAMD demi mencapai cita-cita
sekolah membina Tapak Perhimpunan Berbumbung.
Banner Sihathon SK Alam Megah 2 2014 Anjuran PIBG SKAMD

Fanpage PIBG SKAMD

Thursday 18 September 2014

HADIAH! HADIAH! HADIAH!

SIHATHON SKAMD 2014

Hadiah!Hadiah!Hadiah!...

Segala usaha, komitmen, sokongan dan kerjasama semua amat kami hargai dan sanjungi...

Rebutlah peluang keemasan ini...



SIHATHON SKAMD 2014

Matlamat Utama SIHATHON SKAMD 2014

#TAPAK PERHIMPUNAN BERBUMBUNG#

PIBG SKAMD 2014/15 sangat KOMITED dalam berusaha untuk merealisasikan impian  "Tapak Perhimpunan Berbumbung SKAMD" bagi semua anak bangsa.

Ayuh!!!... Ayah...Ibu...warga SKAMD...dan tidak lupa sokongan semua individu..Dermawan yang budiman bersama-sama kami bagi membina Tapak Perhimpunan Berbumbung SKAMD setelah 17 tahun penubuhannya..

Semoga Impian kita semua akan menjadi kenyataan... Kami perlukan sokongan semua..

Sumbangan boleh diberikan ke Akaun berikut :-

Nama Akaun :  PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN ALAM MEGAH DUA 

No. Alkaun : BANK ISLAM 12159010006531



SKAMD Cabaran LIFEBUOY!!

SKAMD SAHUT CABARAN LIFEBUOY!!

Dengan kuasa tangan guru-guru yang kreatif.. dinding kosong kini berubah wajah =)

Tahniah cikgu!