Sunday 31 August 2014

PERANCANGAN 2 : PENAMBAHBAIKAN PADANG DAN SISTEM PERPARITAN

[BERITA PIBG SKAMD]
 
PERANCANGAN 2 :
 
PENAMBAHBAIKAN PADANG DAN SISTEM PERPARITAN
 


 
 





 
MASALAH PADANG
Setelah 17 tahun sekolah ini beroperasi, sepatutnya kita telahpun menjadi sekolah berstatus remaja, yang dapat melakukan segala aktiviti dengan kemudahan yang sempurna.
Kita mempunyai padang sekolah yang agak luas. Mengikut saiz padang sekarang, kita boleh menempatkan anggaran tiga padang bola sepak. Namun cuma separuh sahaja kawasan padang tersebut dapat digunakan. Separuh padang lagi tidak dapat digunakan disebabkan kawasan tersebut agak rendah dan akan ditakungi air jika hujan.
Disebabkan keadaan padang yang tidak menepati piawaian yang diperlukan, pihak sekolah bersama PIBG telah mengambil keputusan untuk menganjurkan majlis sukan tahunan SKAMD 2014 pada 19/06/2014 di SMK USJ 23, UEP Subang Jaya.
Ini amat menyedihkan kerana kita mempunyai pelajar, guru-guru dan ibu bapa yang bersemangat tinggi untuk menaikkan taraf sukan ke peringkat yang lebih tinggi namun tidak dapat mengguna padang sendiri untuk melakukan latihan, perlawanan dan aktiviti yang sepatutnya.
SEMANGAT DAN DEDIKASI
Contohnya, pasukan hoki sekolah yang baru ditubuhkan pada tahun 2013 telah mara hingga ke peringkat Daerah Petaling Perdana pada tahun 2013 dan 2014. Tiga orang pelajar SKAMD telah mewakili Daerah Petaling Perdana pada tahun 2013 dan seorang pemain juga mewakili Daerah Petaling Perdana pada tahun 2014.
Ini disebabkan guru yang terlibat, Cikgu Muhammad Norulhayat Razali adalah pengurus Kontinjen Hoki Lelaki Bawah 18 Tahun Negeri Selangor ke MSSM 2012. Beliau sebelum ini bertugas di SK Seksyen 20, Shah Alam. Setelah dipindahkan ke SKAMD pada tahun 2013, beliau terus menubuhkan pasukan hoki lelaki dan perempuan. Pada peringkat awal pasukan hoki ini terpaksa meminjam peralatan hoki daripada pasukan lain untuk memasuki pertandingan. Dengan sokongan dan bantuan daripada ibu bapa, kita telah membeli peralatan dan jersi pasukan hoki yang baru pada tahun ini.
Kita juga telah mendapat Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum yang baru pada tahun ini, Cikgu Azhar Ahmad yang begitu komited untuk menaikkan taraf sukan sekolah ini. Beliau sebelum ini bertugas di SK Bukit Jelutong, Shah Alam yang telah melakukan tugas sebagai guru sukan yang berjaya menaikkan nama sekolah berkenaan.
KEMUDAHAN YANG LENGKAP
Jika mendapat peruntukan yang mencukupi, kita harap padang tersebut dapat ditambak sepenuhnya dan menggunakan rumput yang bersesuaian dengan program sukan. Sistem perparitan disekeliling padang yang sedia ada sekarang juga perlu diperbaiki agar pengaliran air lebih sempurna dikawasan sekitar padang tersebut. Kawasan padang tersebut boleh menempatkan padang bola sepak dan trek larian, hoki, bola jaring, bola tampar, takraw, lompat jauh, lompat tinggi, memanah dan pelbagai lagi.
---------------------------------
Sumbangan awal kepada tabung PIBG:
NAMA: PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN ALAM MEGAH DUA
BANK ISLAM: 12159010006531
sek keb alam megah 2


:::Page Under Construction:::

Admin memohon kemaafan kerana ada beberapa page atau link masih di dalam peringkat penambahbaikan...


skamd blog skamd blog skamd sk alam megah dua blog skamd pibg malaysia



PERANCANGAN 4 : KIPAS SILING DI KANTIN

BERITA PIBG SKAMD

PERANCANGAN 4 : 21 UNIT KIPAS SILING DI KANTIN SEKOLAH

Demi keselesaan murid-murid khasnya & pengguna kantin sekolah amnya.., PIBG dan sekolah mencadangkan untuk mengadakan kipas siling yang dipasang di kantin sekolah.

Sebanyak 21unit 'point' dan 21 unit kipas diperlukan bagi keseluruhan kantin untuk tujuan tersebut.

Sumbangan kipas daripada ibu, bapa dan penjaga amat dialu-alukan.

Kos Sebut harga Suis Point yang telah PIBG terima ialah RM4,500.00 (Empat Ribu Lima Ratus Sahaja) Sahaja.

PIBG & sekolah amat berbesar hati dan mengalu-alukan sumbangan Dermawan yang membantu merealisasikan matlamat murni ini.

...........................................................
Sumbangan awal kepada tabung
PIBG:NAMA: PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN ALAM MEGAH DUA
BANK ISLAM: 12159010006531











Kenali Kami.. Wakil PIBG 2014..Ibu & Ayah


Assalammualaikum...permulaan tinta..

Dengan rasa bersyukur kehadrat Illahi..sekali lagi kami diamanahkan oleh Ibu dan Ayah warga Sek Keb Alam Megah Dua Seksyen 27 Shah Alam menggalas tanggungjawab mewakili Ibu Ayah pelajar SKAMD sebagai wakil PIBG Sekolah bagi sesi 2014..

Tekad kami.. melihat anak bangsa tanpa mengira agama dan latar belakang mereka menjadi insan yang cemerlang dalam memahami serta memikul harapan Ibu Ayah agar menjadi Anak Bangsa yng berguna kepada bangsa, agama & negara..

Banyak perancangan kami aturkan.. semoga segala rencana dapat direalisasikan..

Salam Ukhwah dari kami..



Disini Lahirnya Sebuah CINTA...

Salam MERDEKA!!!

Kami sayang Malaysia.. Salam Kemerdekaan ke-57 Malaysia.

Pewaris Bangsa.. SKAMD 31.08.2014





Foto tambahan PIBG SKAMD

PERANCANGAN 1 : TAPAK PERHIMPUNAN BERBUMBUNG

[BERITA PIBG SKAMD]

PERANCANGAN 1 : TAPAK PERHIMPUNAN BERBUMBUNG




Murid & Guru Ketika Perhimpunan Pada Setiap Minggu Di Dataran SKAMD
HARI ini dan hari-hari sebelum ini; murid-murid, anak-anak kita, para guru & kakitangan SKAMD termasuk juga kita sebagai ibu bapa & penjaga akan berhimpun di dataran perhimpunan di sekolah ini jika ingin mengadakan aktiviti luaran.
Perhimpunan atau program yang dirancang akan tergendala atau dibatalkan jika cuaca tidak mengizinkan seperti hujan dan panas terik.
Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, PIBG dengan kerjasama pihak sekolah merancang untuk membina Tapak Perhimpunan Berbumbung atau Dewan Terbuka Berbumbung Pelbagai Guna di dataran perhimpunan sekarang. Pelbagai aktiviti seperti sukan, latihan badan beruniform dan pertandingan dapat diadakan di dewan ini.
PIBG dan sekolah akan mengemukan proposal ke kementerian yang berkaitan, syarikat swasta dan mereka yang berpontensi untuk membantu mendapatkan dana yang diperlukan.
Namun kami merasakan kita sebagai ibubapa perlu juga berpadu tenaga mengumpul dana sendiri sebagai tanda kesungguhan kita untuk merealisasikan projek ini. Kami juga memerlukan bantuan kepakaran teknikal untuk reka bentuk bumbung, kelulusan majlis perbandaran dan perkara lain yang berkaitan.
Pandangan dan idea daripada semua pihak amat dialu-alukan.
---------------------------------
Kepada sesiapa yang ingin memberi sumbangan kepada tabung PIBG sila masukkan ke akaun berikut:
NAMA: PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN ALAM MEGAH DUA
BANK ISLAM: 12159010006531



Penambahbaikan Kemudahan Sekolah : KESELURUHAN

[AKTIVITI PIBG SKAMD]

Penambahbaikan Kemudahan Sekolah : KESELURUHAN

10/05/2014-12/05/2014:
Lapuran Penambahbaikan 4K Di Persekitaran Sekolah:
1. Memeriksa & membaiki penghawa dingin, lampu dan meja mesyuarat di bilik kualiti, blok A.
2. Membaiki & mengecat tiang gol bola jaring (2unit) & bola baling (2unit).
3. Membaiki tempat duduk besi di laluan kantin dan blok C.
4. Memperkemaskan laluan wayar elektrik di depan Dewan Seri Megah di blok A.
5. Memeriksa, membaiki & menukar lampu dan suis yang rosak di koridor bawah dan tandas blok A & B.
6. Membaiki sliding grill dan memotong mangga kunci yang rosak di bilik Pendidikan Jasmani.
7. Memotong, membaiki & memasang semula palang besi di laluan pejalan kaki di depan sekolah.
8. Mengecat semua palang besi di laluan pejalan kaki dan tiang perhentian bas dengan warna biru logo sekolah
9. Membeli lampu kalimantang panjang 4' (30unit) & 2' (30unit) sebagai stok gantian.
10. Memasang selak kunci peti fail di bilik pengawal.
11. Memeriksa pendawaian elektrik bagi lampu, kipas dan penghawa dingin dan menukar lampu di surau pada 15/03/2014.
Lapuran disediakan oleh:
Biro Ekonomi : Biro 4K & Pembangunan
---------------------------------
Kepada sesiapa yang ingin memberi sumbangan kepada tabung PIBG sila masukkan ke akaun berikut:
NAMA: PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN ALAM MEGAH DUA
BANK ISLAM: 12159010006531



Penambahbaikan Kemudahan Sekolah : Perhentian Bas

[AKTIVITI PIBG SKAMD]

Penambahbaikan Kemudahan Sekolah : Perhentian Bas

10-12 Mei 2014

PIBG telah membaiki dan mengecat palang besi di depan perhentian bas yang bengkok dan berkarat. 


Seterusnya mengecat keseluruhan pondok perhentian bas berkenaan.

Kepada sesiapa yang ingin memberi sumbangan kepada tabung PIBG sila masukkan ke akaun berikut:

NAMA: PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN ALAM MEGAH DUA
BANK ISLAM: 12159010006531



Saturday 30 August 2014

Penambahbaikan Kemudahan Sekolah : Tiang Gol Bola Baling & Bola Jaring

[AKTIVITI PIBG SKAMD]


Penambahbaikan Kemudahan Sekolah : Tiang Gol Bola Baling & Bola Jaring
10-12 Mei 2014
PIBG juga telah mengambil inisiatif membiayai kos pembaikan dan mengecat tiang gol bola baling dan bola jaring.
  

Saturday 23 August 2014

MINI KARNIVAL SIHATHON 2014

Tempoh : 01.09.2014 sehingga 01.11.2014 ( Acara Kemuncak)

Matlamat dan Objektif Mini Karnival Sihathon 2014 amat besar dan bermakna buat keseluruhan warga SKAMD..baik dari Tenaga Pengajar, Tenaga Kerja, Murid-Murid juga buat Ibu Ayah..

Kami teruja dan sangat berharap Mini Karnival Sihathon 2014 ini mendapat sokongan padu dan jitu dari semua pihak dari peringkat sekolah hingga peringkat tertinggi...

Menggembeling tenaga, bersatu hati.. menjadikan Impian dan Perancangan PIBG satu kenyataan.. nantikan maklumat terkini dari masa kesemasa..

Bulat air kerana pembentung...
Bulat manusia kerana muafkat..

Salam Maju Jaya..

Salam Karnival Mini Sihathon 2014


Friday 22 August 2014

AJK PIBG SKAMD SESI 2014/15

[INFO PIBG SKAMD]

AJK PIBG SKAMD SESI 2014/15
Mesyuarat Agung PIBG SKAMD ke 17
15 Februari 2014

YDP     : En. Mohd Yusrizal B. Mohd Yusof
NYDP  : Pn. Zaini Binti Md. Salleh

SETIAUSAHA : Cik Roziyana Bt. Mohd Roghib
BENDAHARI  : Pn. Sittartiny Selvarajoo
PENASIHAT    : Pn. Hjh Dahlia Bt. Hj. Abbas [Guru Besar]

AJK IBUBAPA:

En. Affandy B. Md. Ali
En. Mohd Zaini B. Arshad
En. Syed Amran B. Syed Ali
En. Ismadi B. Mohamadiah
Pn. Azean Bt. Ibrahim
Pn. Asma Bt. Aripin
En. Ariffin B. Amat [Audit]

AJK GURU:

En. Muhammad Norulhayat B. Razali
Pn. Hamidah Bt. Khairuddin
Pn. Isma Ayu Bt. Ishak
Pn. Nurdiana Bt. Aziz
Pn. Nor Shahida Bt. Nak Mat
Pn. Pathuni Bibi Bt. Haji Haniffa [Audit]