Thursday 26 November 2015

PENAMBAHBAIKAN PADANG SEKOLAH SKAMD

 
PENAMBAHBAIKAN PADANG SEKOLAH
SKAMD SESI 2015/16

26 NOVEMBER 2015
 
 
 

 
 
 


 
 
 

 
 
 


 

 
 

 



Thursday 15 October 2015

JOHAN PIALA SUMBANGSIH PIALA DYTM RAJA MUDA SELANGOR EDISI 28/2015

JOHAN PIALA SUMBANGSIH
PIALA DYTM RAJA MUDA SELANGOR 
EDISI 28/2015
 
10 OKTOBER 2015
SK ALAM MEGAH DUA
 
TAHNIAH
PASUKAN BOLA SEPAK SKAMD
 
SKAMD Juara Piala Sumbangsih PRM 2015

Naib Juara SK Subang Bestari



 
SK ALAM MEGAH DUA, PRM 2015
 

Tuesday 6 October 2015

KARNIVAL CABARAN KO-K SKAMD 2015

KARNIVAL CABARAN KO-K SKAMD 2015
Cabaran akan bermula...
Segalanya diceritakan di sini...
 
Jemput semua masyarakat setempat hadir memeriahkan karnival kami...
 
10 Oktober 2015
8:00AM - 5:00PM
 
 


 



PIALA RAJA MUDA SELANGOR EDISI 28 /2015 - PRM SKAMD 2015



PIALA RAJA MUDA SELANGOR EDISI 28 /2015
PRM SKAMD 2015
 

PIALA PUSINGAN PRM

PIALA SUMBANGSIH PRM
 



Monday 28 September 2015

FACEBOOK GROUP SKAMD PRM SESI 28 / 2015

FACEBOOK GROUP SKAMD PRM SESI 28 / 2015
PIALA DYTM RAJA MUDA SELANGOR
 
Sila join group SKAMD PRM-28/2015 Piala DYTM Raja Muda Selangor untuk maklumat terkini.

 
 

JUALAN AMAL KEMBALI.....

JUALAN AMAL KEMBALI.....
Sempena Karnival Cabaran Ko-K SKAMD2015 pada 10/10/2015, gerai jualan amal akan dibuka pada hari karnival tersebut. Diharap murid, ibu bapa dan guru dapat mengumpul barangan yang masih baru atau terpakai untuk diserahkan kepada PIBG pada minggu hadapan.
Kita perlukan barangan/peralatan sukan...basikal, bola, reket badminton, kayu hoki, golf set, hulahoop, mainan kanak2 dan bermacam lagi...
Namun barangan lain pun seperti pakaian, beg, dll tetap kita terima juga...

LOGO RASMI PRM [Piala DYTM Raja Muda Selangor]

LOGO RASMI PRM


Logo ini akan digunakan sebagai logo rasmi bagi kepala surat, sijil dan lain-lain dokumen oleh AJK induk PRM bermula pada PRM Edisi 28/2015.
 
LOGO RASMI PRM
Ianya adalah hasil kreativiti awal En Azrul Hanis Jamaluddin​, guru SK Alam Megah Dua dengan sedikit penambahbaikan dan kerjasama YDP PIBG SKAMD, Pn Azean Ibrahim.
LOGO AWAL ILHAM EN AZRUL

Tuesday 26 May 2015

Kata-Kata Aluan YDP untuk Blog PIBG SKAMD 2015


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Syukur,bersua kita lagi kali ini dalam blog PIBG SKAMD 2015.  

Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua AJK dan guru-guru yang sama-sama bertungkus lumus melaksanakan amanah yang dipikul untuk menjayakan dan memastikan matlamat dan perancangan PIBG SKAMD bergerak dengan jayanya. Tanggungjawab ini bukan senang sebenarnya memandangkan kebanyakkan daripada kita ada tugas hakiki masing-masing, baik di tempat kerja mahupun di rumah.

Namun begitu, oleh kerana tanggungjawab dan kepercayaan telah diberikan kepada kami, maka kami cuba sedaya upaya, dengan izin Allah.


PIBG SKAMD berkerjasama erat dengan pihak sekolah bagi melaksanakan pelbagai program tahunan, terutamanya yang melibatkan aktiviti pelajar. Sebagai ibu bapa, kami akan membantu sedaya yang mungkin bagi membolehkan proses pengajaran dari pihak guru dan pembelajaran di pihak anak-anak berjalan dengan lancar. 

Kutipan yuran PIBG adalah merupakan sumber kewangan terpenting bagi persatuan. Kepada ibu bapa yang berkemampuan, tapi masih belum menyumbang, kami galakkan supaya berhubung dengan guru kelas anak masing-masing bagi menyampaikan sumbangan. Kepada yang telah menyumbang, ribuan terima kasih kami ucapkan. Kepada dermawan yang sudi menyumbang lebih daripada jumlah RM80.00 yang telah ditetapkan, sumbangan anda sangat kami alu-alukan.

Selain daripada itu pihak PIBG juga sedang dalam perancangan melaksanakan kutipan derma program "Karnival Ko-K Extreme Day 2015".  Antara tujuan utama program ini adalah bertujuan menyambung matlamat pencarian dana untuk mendirikan dewan terbuka di kawasan dataran sekolah. Dengan adanya dewan terbuka ini nanti, aktiviti perhimpunan boleh diadakan dengan lebih selesa bagi anak-anak serta guru-guru kita. Aktiviti-aktiviti lain juga boleh diadakan di dewan ini, termasuk juga aktiviti yang melibatkan masyarakat sekitar. 

PIBG SKAMD sangat mengharapkan bantuan, sokongan serta sumbangan daripada Skuad Khas iaitu SQUAD SARANA SEDIA BERKHIDMAT (SSSB) , Ibu bapa, Individu perseorangan, syarikat-syarikat dan badan-badan korporat bagi menjadikan sasaran kutipan RM300,000.00 sebagai satu kenyataan.Tuan-tuan serta puan-puan boleh menghubungi pihak AJK PIBG sekiranya berminat untuk membantu PIBG melaksanakan kutipan tambahan, terutamanya daripada badan-badan korporat serta syarikat-syarikat sekitar.

Pihak PIBG serta pihak pengurusan sekolah juga sentiasa berusaha memastikan keadaan infrastruktur utama seperti bekalan air serta keadaan tandas sekolah berada pada tahap yang baik. Umur sekolah yang tidak lama lagi akan mencapai 20 tahun, sudah semestinya memerlukan penyelenggaraan tambahan bagi memastikan semuanya berada dalam keadaan baik.

Pihak PIBG serta sekolah sangat menghargai sokongan padu tuan puan dan semua pihak bagi memastikan segala perancangan dan persekitaran terbaik hanya untuk warga SKAMD serta anak-anak kita. Terima kasih sekali lagi atas kepercayaan, sumbangan, bantuan dan sokongan semua semua dan kami mengharapkan agar ianya berterusan dan bertambah utuh lagi.

Akhir kata, Selamat datang dan dan terima kasih atas kesudian semua melawat Blog PIBG SKAMD.

Sekian, terima kasih.
Azean Binti Ibrahim
YDP PIBG SKAMD 2015

04 May 2015
Shah Alam, Selangor.