Monday 29 September 2014

KATA-KATA ALUAN YDP PIBG SKAMD SESI 2014/15


En Mohd Yusrizal Mohd Yusof [YDP PIBG SKAMD]

Kata-kata Aluan YDP untuk Blog PIBG SKAMD 2014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Bersua kita lagi kali ini dalam blog PIBG SKAMD 2014.  

Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada semua AJK dan guru-guru yang sama-sama bertungkus lumus melaksanakan tugas di dalam PIBG kita. Tugas ini bukannya senang memandangkan kebanyakkan daripada kita ada tugas hakiki masing-masing, baik di tempat kerja mahupun di rumah.  Namun begitu, oleh kerana tanggungjawab telah diberikan kepada kami, maka kami cuba sedaya upaya, dengan izin Allah.

Wednesday 24 September 2014

BORANG SUMBANGAN ONLINE TABUNG PIBG SKAMD

BORANG SUMBANGAN ONLINE TABUNG PIBG SKAMD

BORANG SUMBANGAN

Nama akaun : PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN ALAM MEGAH DUA
No akaun : BANK ISLAM 12159010006531


Sila isikan segala maklumat di dalam borang tersebut untuk direkodkan ke akaun PIBG.

Tuesday 23 September 2014

Majlis Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah SKAMD

[BERITA PIBG]

Tarikh : 07hb April 2014
Aktiviti : Majlis Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah Kebangsaan Alam Megah Dua



SIHATHON SKAMD 2014 :: BANNER

SIHATHON SK ALAM MEGAH DUA

Dijemput semua warga SKAMD dan seluruh penduduk kejiranan 
menghadirkan diri ke acara kemuncak ini disamping menghulurkan 
sumbangan kepada tabung PIBG SKAMD demi mencapai cita-cita
sekolah membina Tapak Perhimpunan Berbumbung.
Banner Sihathon SK Alam Megah 2 2014 Anjuran PIBG SKAMD

Fanpage PIBG SKAMD

Thursday 18 September 2014

HADIAH! HADIAH! HADIAH!

SIHATHON SKAMD 2014

Hadiah!Hadiah!Hadiah!...

Segala usaha, komitmen, sokongan dan kerjasama semua amat kami hargai dan sanjungi...

Rebutlah peluang keemasan ini...



SIHATHON SKAMD 2014

Matlamat Utama SIHATHON SKAMD 2014

#TAPAK PERHIMPUNAN BERBUMBUNG#

PIBG SKAMD 2014/15 sangat KOMITED dalam berusaha untuk merealisasikan impian  "Tapak Perhimpunan Berbumbung SKAMD" bagi semua anak bangsa.

Ayuh!!!... Ayah...Ibu...warga SKAMD...dan tidak lupa sokongan semua individu..Dermawan yang budiman bersama-sama kami bagi membina Tapak Perhimpunan Berbumbung SKAMD setelah 17 tahun penubuhannya..

Semoga Impian kita semua akan menjadi kenyataan... Kami perlukan sokongan semua..

Sumbangan boleh diberikan ke Akaun berikut :-

Nama Akaun :  PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN ALAM MEGAH DUA 

No. Alkaun : BANK ISLAM 12159010006531



SKAMD Cabaran LIFEBUOY!!

SKAMD SAHUT CABARAN LIFEBUOY!!

Dengan kuasa tangan guru-guru yang kreatif.. dinding kosong kini berubah wajah =)

Tahniah cikgu!



Wednesday 17 September 2014

GALERI - FOTO

:: Koleksi Gambar Kenangan ::

Logo awal SKAMD pada tahun 1997

Guru Besar, En AbdulRazak Jidin [19an - 20an]

KOLEKSI GAMBAR KENANGAN SKAMD


Tuesday 16 September 2014

KAD KUTIPAN SIHATHON SKAMD 2014

::KAD KUTIPAN SIHATHON SKAMD 2014::
::PELANCARAN DAN PERASMIAN 08/09/2014::


Perasmian : Dataran ILMU, SKAMD oleh Puan Hajah Dahlia (Guru Besar)
Tempoh Kutipan : 08.09.2014 sehingga 01.11.2014

Setiap murid telah menerima kad berkenaan pada hari isnin, 08/09/2014. Diharap ibubapa dapat melakukan kutipan sumbangan sebanyak mungkin. 

Setiap murid dan kelas yang mencapai sasaran kutipan minimum akan mendapat hadiah yang akan

Monday 8 September 2014

Kejohanan Bolasepak Piala DYTM Raja Muda Selangor, 2015, Edisi ke 28

Kejohanan Bolasepak DYTM Raja Muda Selangor, 2015, Edisi ke 28



GPK Ko-kurikulum dan wakil PIBG Sek Keb Alam Megah Dua telah menghadirkan diri ke mesyuarat jawatankuasa induk kejohanan berkenaan hari ini di SK Raja Muda, Seksyen 4, Shah Alam.

SKAMD telah menawarkan diri untuk menjadi tuan rumah / pengelola bagi kejohanan ini.

PERANCANGAN 5 : LALUAN KHAS PELAJAR

PERANCANGAN 5 : CADANGAN LALUAN KHAS PELAJAR



Demi menjaga keselamatan dan keselesaan murid ketika waktu pulang, PIBG bercadang untuk menyediakan satu laluan/jambatan khas di antara perhentian bas dan kawasan letak kereta guru yang berbumbung. Pelajar akan menunggu kenderaan masing-masing disitu sambil dipantau oleh guru atau  pegawai keselamatan yang bertugas
----------------------------------------
Hulurkan sumbangan ikhlas kepada tabung PIBG bagi melaksanakan pelbagai aktiviti/projek prasarana sekolah:
NAMA: PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN ALAM MEGAH DUA
BANK ISLAM: 12159010006531





sek alam megah dua 2 sekolah alam megah dua sek alam megah dua 2 sekolah alam megah dua

PERANCANGAN 6 : CADANGAN BILIK OPERASI/STOR PIBG

PERANCANGAN 6 : CADANGAN BILIK OPERASI/STOR PIBG






Sehingga kini, PIBG tidak mempunyai bilik khas untuk menyimpan file, peralatan gotong royong dan stok barangan.
PIBG juga tidak mempunyai kemudahan komputer, printer dan juga keperluan lain untuk memudahkan AJK menjalankan aktiviti persatuan.
Hanya ruang bawah tangga ini sahaja yang dapat disediakan sebagai bilik operasi PIBG. Jika mendapat sumbangan yang mencukupi, kita akan menjadikannya seperti contoh gambar di sebelah.
----------------------------------------
Hulurkan sedekah/sumbangan ikhlas kepada tabung PIBG bagi melaksanakan pelbagai aktiviti/projek prasarana sekolah:
NAMA: PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN ALAM MEGAH DUA
BANK ISLAM: 12159010006531

PERANCANGAN 3 : PENAMBAHBAIKAN & MENAIKTARAF TANDAS

PERANCANGAN 3 : PENAMBAHBAIKAN & MENAIKTARAF TANDAS

Kemudahan tandas sekolah perlu diperbaiki dan dinaiktaraf agar memberi keselesaan kepada semua warga SKAMD.

Sumbangan awal kepada tabung PIBG:
NAMA: PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN ALAM MEGAH DUA
BANK ISLAM: 12159010006531

UPSR 2014

UPSR 2014:

Selamat menghadapi peperiksaan kepada pelajar tahun 6 SKAMD. 


Semoga diberi kesihatan dan ingatan yang terbaik dan dipermudahkan menjawap dengan tepat. 


GOOD LUCK...


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1516458371923422&substory_index=0&id=1512782705624322

Tuesday 2 September 2014

Gotong Royong Perdana SK ALAM MEGAH 2 Tahun 2014

[BERITA PIBG]

Tarikh : 26.04.2014 
Program : Gotong Royong Perdana SK ALAM MEGAH 2 Tahun 2014

Pada hari Sabtu, 26hb April 2014 pihak Sekolah dan dengan kerjasama PIBG telah menganjurkan program "Gotong-Royong Perdana SKAMD untuk tahun 2014".

Para guru, ibu-bapa dan pelajar telah dibahagi-bahagikan kepada beberapa buah kumpulan. Setiap kumpulan bertanggungjawab untuk membersihkan kawasan masing-masing diantaranya kawasan Kantin sekolah, kawasan Kebun Sains dan kemahiran Hidup, kawasan koridor dan beberapa kawasan lain lagi.

Majlis diakhiri dengan jamuan ringan yang dibawa secara Potluck oleh para hadirin yang hadir.

Pihak sekolah dan PIBG mengucapkan ribuan setinggi terima kasih atas semangat kerjasama dan usahasama semua pihak dalam menjayakan program ini.

Pergi bersabung si ayam Serama,
Dibawa si kacak teruna desa,
Gotong-royong dianjur bersama,
Beli songket kain bertekat,

Demi sekolah dan anak bangsa...


Halus sulaman hasil si dara,
Bersatu hati sama muafakat,
Budi yang baik dikenang jua...




   








Motivasi Jom Hebat!

[Berita PIBG]

MOTIVASI TAHUN 6 2014
MENJANA SAHSIAH KEARAH KEJAYAAN

Tarikh        : 21.06.2014
Fasilitator : Pn. Hjh Zaleha Md Nor
                  Bahagian Jaminan Kualiti UPM

Pihak sekolah telah  menganjurkan Program Motivasi Jom Hebat untuk murid-murid tahun 6 2014 sebagai motivasi kepada mereka untuk menghadapi peperiksaan UPSR 2014.

Semoga program "Motivasi Jom Hebat!" tersebut akan membuahkan hasil dan impak yang hebat kepada mereka.

Selamat Maju Jaya pada semua murid-murid !!







Monday 1 September 2014

Hubungi AJK PIBG

email: pibgskamd@gmail.com

Tel/SMS/WA: 012 3808746 [Pn Azean] :: 019 2184120 [En Zaini]

Sumbangan kepada tabung PIBG:
NAMA: PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN ALAM MEGAH DUA
BANK ISLAM: 12159010006531

ATAU

Isikan BORANG SUMBANGAN TABUNG PIBG SKAMD ONLINE disini: http://goo.gl/uTmYgt


Kesemua AJK ibubapa yang terdapat di dalam senarai berikut boleh dihubungi jika perlu.
Bagi AJK guru, sila hubungi pihak sekolah atau bertemu sendiri guru berkenaan untuk mendapatkan nombor talipon.


skamd blog skamd blog skamd sk alam megah 2 blog skamd


Majlis Solat Hajat UPSR 2014

[Berita PIBG]

MAJLIS SOLAT HAJAT UPSR 2014

Tanggal 09.09.2014 sehingga 11.09.2014 adalah tarikh yang amat bermakna kepada murid-murid Tahun 6 2014 di seluruh Malaysia. Pada tarikh inilah Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) akan berlangsung.

Hari yang penuh debaran buat guru-guru, murid-murid dan ibubapa. Tarikh ini juga menentukan langkah seterusnya buat anak-anak murid dan anak-anak kesayangan kita menyusun atur untuk tahap pembelajaran selanjutnya...

Borang pengakuan calon UPSR, yakni telah memperaku membaca dan akan mematuhi semua Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan dlm Jadual Waktu UPSR 2014 juga telah difahami dan di tandatangani oleh anak-anak kita...

Mengambil kesempatan ini..Pihak sekolah dan PIBG berbesar hati menganjurkan Majlis Solat Hajat Tahun 6 SKAMD di Dewan Sekolah. Pendaftaran dibuka seawal 6.30 ptg diikuti Solat Maghrib, bacaan Ya'asin, Solat I'sya dan Solat Hajat.

Di jemput Ibu Bapa tahun 6 Khasnya  untuk meramaikan majlis tersebut. Semoga berkat doa  kita semua dan usaha gigih murid-murid, guru-guru dan ibubapa selama ini memberikan hasil yang membanggakan kita semua.

Akhir kata Selamat Maju Jaya buat semua pelajar Tahun 6 2014 SKAMD!

Anak Bangsa, Pewaris Negara.



skamd blog skamd blog skamd sk alam megah 2 blog skamd