Wednesday 1 October 2014

TUJUAN, FUNGSI, TUGAS DAN PERATURAN PERSATUAN IBU BAPA-GURU (PIBG)



AKTA PENDIDIKAN 1996

PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN
(PERSATUAN IBU BAPA & GURU) 1998
[Sub peraturan 7(2)]

PERLEMBAGAAN PERSATUAN IBU BAPA-GURU (PIBG)


SEKOLAH :
Nama dan Alamat
1. Persatuan ini dikenal dengan nama: Persatuan Ibu Bapa – Guru Sekolah ………………………………………………................
2. Alamat yang didaftarkan bagi Persatuan ini ialah:
………………………………………………................
Tujuan-tujuan Persatuan
       3. Tujuan-tujuan Persatuan ialah:
        a) untuk mengadakan sesuatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan  kemajuan   murid-  
        murid dalam Sekolah dalam meningkatkan imej Sekolah; 

        b) untuk membantu dan menambah usaha Sekolah dalam memenuhi kehendak dan keperluan 

        kebendaan murid-murid dalam kegiatan mereka;
        c) untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam Sekolah bertukar-tukar fikiran dan maklumat 
        mengenai pendidikan;
        d) untuk memberi peluang kepada ibu bapa dan guru dalam sekolah berunding antara satu sama 
        lain dengan cara memperbaiki taraf pendidikan anak-anak mereka pada amnya; dan
        e) untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam Sekolah untuk berusaha menambah kewangan 
        Sekolah dan meningkatkan kemudahan fizikal bagi tujuan meningkatkan kemudahan pengajaran
        dan Pembelajaran
Fungsi Persatuan 
4. Fungsi Persatuan ialah untuk menjalankan aktiviti atau program bagi mencapai tujuan-tujuan persatuan yang dinyatakan di perenggan 3, seperti:
a) membantu dalam memajukan perkembangan murid dan menjaga kebajikan murid;
b) menambah sumber kewangan Sekolah bagi menambah dan meningkatkan kemudahan di Sekolah;
c) meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan antara Sekolah dengan masyarakat setempat;
d) meningkatkan kecerian premis Sekolah supya dapat mewujudkan suasana yang kondusif bagi menjayakan aktiviti dan program Pendidikan
Keanggotaan Persatuan

        5. Anggota Persatuan terdiri daripada:

        a) semua guru di Sekolah;
        b) ibu bapa kepada murid yang belajar dalam Sekolah; dan
        c) warganegara Malaysia yang diluluskan permohonan untuk menjadi anggota     
        Persatuan oleh Pegawai Pendidikan Daerah atau Pegawai Pendidikan Bahagian atau 
        Pendaftar, mengikut mana yang berkenaan (seperti di Lampiran A); dan
6. Guru Besar atau Pengetua Sekolah hendaklah menjadi ex-officio dan Penasihat Persatuan.

Jawatankuasa Persatuan
7. Persatuan hendaklah diuruskan oleh suatu jawatankuasa yang dikenali sebagai “Jawatankuasa PIBG”. Jawatankuasa PIBG hendaklah dilantik oleh anggota Persatuan pada setiap Mesyuarat Agung Tahunan.
8. Anggota Jawatankuasa PIBG hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia sahaja.
9 Keanggotaan Jawatankuasa PIBG adalah seperti berikut:
a) seorang Yang Di-Pertua;
b) seorang Naib Yang Di-Pertua;
c) seorang Setiausaha;
d) seorang Bendahari; dan
e) 8 orang Ahli Jawatankuasa
10. Bilangan ibu bapa dan guru yang menganggotai Jawatankuasa PIBG hendaklah, seboleh-bolehnya, seimbang
Sila rujuk disini untuk maklumat lanjut: Kementerian Pendidikan Malaysia : PIBG

No comments:

Post a Comment