Thursday 30 October 2014

JUALAN & LELONGAN AMAL SIHATHON SKAMD 2014

JUALAN & LELONGAN AMAL SIHATHON SKAMD 2014


Jualan secara tertutup telah barmula pada hari ini, 30/10/2014 sehingga esok, 31/10/2014 kepada guru, pekerja dan pelajar sekolah.


Harap ibubapa dan guru dapat membawa apa sahaja barangan yang masih elok untuk menambah stok jualan. Pada hari sabtu, 01/11/2014 iaitu hari kemuncak SIHATHON pun kita sanggup menerimanya.


Harga Istimewa, MURAH!!!



Friday 24 October 2014

BINA DEWAN BERBUMBUNG DENGAN RM300

KEPADA IBU BAPA & WARGA SKAMD:

HANYA DENGAN RM300, KITA DAPAT MEMBINA DEWAN BERBUMBUNG.

SIHATHON SKAMD : SASARAN RM300,000 TERCAPAI JIKA:-



SKAMD mempunyai jumlah murid seramai lebih kurang 930 orang, ibubapa 700 orang dan guru 55 orang. Sasaran di atas akan tercapai jika salah satu atau kesemua kaedah berikut dapat dilaksanakan-:



KAEDAH 1:
Kutipan Minimum RM300.00/KAD
Jika sumbangan daripada ibu sekurang-kurangnya RM100 dan bapa juga RM100, sasaran RM300/kad akan dapat dicapai dengan mudah. Selebihnya, mintalah sokongan majikan kita, rakan sekerja, jiran tetangga, saudara mara, ahli keluarga untuk menambahkan lagi kutipan.
Namun yang paling penting adalah kita sendiri yang kebanyakannya pasangan yang berkerjaya untuk memberi sumbangan sebanyak mungkin demi mencapai matlamat SIHATHON 2014.

Wednesday 22 October 2014

JUALAN & LELONGAN AMAL SKAMD

JUALAN & LELONGAN AMAL SKAMD

Sempena Sihathon SKAMD, PIBG akan membuka satu Kedai Mini Jualan & Lelongan Amal untuk orang awam pada 01/11/14.

Harga Istimewa, MURAH!!!

Kebanyakan barang akan dijual pada harga RM1 - RM10. Jika harga melebihi RM10, barangan akan dijual secara rundingan atau lelongan.

Antara barangan yang akan adalah baju kurung, seluar, baju-T, beg tangan, perhiasan wanita, tudung, topi, tali leher, topi, mainan dan pelbagai lagi.

Jika anda mempunyai barangan baru atau terpakai tetapi masih elok dan tidak diperlukan lagi, sila serahkan kepada kami untuk dijual. Hasil jualan akan diserahkan sepenuhnya kepada tabung PIBG.

Wednesday 15 October 2014

SKAMD NAIB JOHAN PROGRAM DOKTOR MUDA BERSAMA LIFEBUOY PERINGKAT KEBANGSAAN 2014

Tahniah Warga SKAMD:

SK Alam Megah Dua telah mendapat Naib Johan Program Doktor Muda Bersama Lifebouy Peringkat Kebangsaan 2014.

Ganjaran hasil kemenangan:
Wang Tunai RM3,000.00 berserta 1 Tahun Bekalan Pencuci Tangan Lifebuoy dan 10 Unit Dispenser Cucian Tangan.
Maklumat Program Doktor Muda Lifebuoy Di Akhbar Kosmo


SKAMD TEMPAT KE-3 PERTANDINGAN KATMO BOLA JARING PPDPP 2014

Tahniah Wirawati SKAMD...

Pasukan Bola Jaring SKAMD telah memenangi Tempat Ke-3 Pertandingan KATMO Bola Jaring PPDPP 2014. Tahniah kepada guru-guru pengiring Pn Hjh Zaleha, Pn Asma, Pn Fairuz Kamila, Pn Wan Kamaismasuny dan Cik Roziyana... Tahniah!!!




Wednesday 1 October 2014

TUJUAN, FUNGSI, TUGAS DAN PERATURAN PERSATUAN IBU BAPA-GURU (PIBG)



AKTA PENDIDIKAN 1996

PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN
(PERSATUAN IBU BAPA & GURU) 1998
[Sub peraturan 7(2)]

PERLEMBAGAAN PERSATUAN IBU BAPA-GURU (PIBG)


SEKOLAH :
Nama dan Alamat
1. Persatuan ini dikenal dengan nama: Persatuan Ibu Bapa – Guru Sekolah ………………………………………………................
2. Alamat yang didaftarkan bagi Persatuan ini ialah:
………………………………………………................
Tujuan-tujuan Persatuan
       3. Tujuan-tujuan Persatuan ialah:
        a) untuk mengadakan sesuatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan  kemajuan   murid-  
        murid dalam Sekolah dalam meningkatkan imej Sekolah;