Tuesday 16 September 2014

KAD KUTIPAN SIHATHON SKAMD 2014

::KAD KUTIPAN SIHATHON SKAMD 2014::
::PELANCARAN DAN PERASMIAN 08/09/2014::


Perasmian : Dataran ILMU, SKAMD oleh Puan Hajah Dahlia (Guru Besar)
Tempoh Kutipan : 08.09.2014 sehingga 01.11.2014

Setiap murid telah menerima kad berkenaan pada hari isnin, 08/09/2014. Diharap ibubapa dapat melakukan kutipan sumbangan sebanyak mungkin. 

Setiap murid dan kelas yang mencapai sasaran kutipan minimum akan mendapat hadiah yang akan
dimaklumkan dalam masa terdekat ini.

Ayuh bersama membantu sekolah disamping mendapat hadiah masing-masing.

SASARAN KUTIPAN MINIMUM RM300,000.00 MESTI DICAPAI.


Kad Sihathon SKAMD
Penuhkan Ruangan Tersedia


:: SIHATHON SKAMD 2014 ::
Matlamat : Minimum RM300.00/KAD 
SASARAN KUTIPAN : RM300,000.00

SKAMD mempunyai jumlah murid seramai lebih kurang 930 orang, ibubapa 700 orang dan guru-guru 55 orang. Sasaran di atas akan tercapai jika kaedah berikut dapat dilaksanakan-:

Kaedah 1:

Minta sokongan majikan kita, rakan sekerja, jiran tetangga, saudara mara, ahli keluarga dan terutama sekali kita sendiri yang kebanyakannya pasangan yang berkerjaya untuk memberi sumbangan sebanyak mungkin demi mencapai matlamat SIHATHON 2014 dan maklumkan kepada mereka objektif kutipan kita.


Matlamat : Minimum RM300.00/Kad

Untuk makluman "Flyers Sihathon 2014 SKAMD" sudah mencapai 80% progress dan akan diedarkan pada minggu hadapan. Mohon semua warga SKAMD Ibubapa dan Penjaga, Guru-guru dan semua individu bersatu-hati mengembeling tenaga dalam mencapai sasaran kutipan bagi merealisasikan matlamat Sihathon 2014 ini. Semoga usaha murni ini dapat dicapai dan direalisasikan. Sokongan padu semua pihak sangat pihak sekolah dan PIBG SKAMD perlukan dan hargai.


JIKA KAD KUTIPAN TELAH DIPENUHI, SILA MOHON KAD TAMBAHAN MELALUI GURU KELAS MASING-MASING.

@nantikan info terkini... #hadiah


:: SIHATHON SKAMD 2014 ::
Objektif: Membina Tapak Perhimpunan Berbumbung 



Contoh bumbung yang amat kemas dan cantik dari sekolah lain.

Bumbung seperti ini yang kita impikan. Jika semua bersatu hati mendapatkan sumbangan minimum RM300/kad, kita akan dapat melihat bumbung ini berdiri di tapak perhimpunan sekarang hasil daripada wang derma yang kita kumpul sendiri. 

Sumbangan yang kecil ini akan dimanafaatkan oleh pelajar sekolah ini sampai bila-bila. Ganjaran yang akan kita terima akan berterusan selagi bumbung ini berada di situ...;))


Bagi ibubapa dan dermawan yang ingin menyumbang lebih dari RM50 dan lebih selesa melalui 'cash tranfer' melalui bank, sila kepilkan bukti pindahan tunai / slip bank tersebut pada borang sumbangan. Atau boleh juga email: pibgskamd@gmail.com ; whatsapp: 0192184120 / 012.3808746 dengan menulis nama & kelas murid pada slip berkenaan.

Nama akaun : PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN ALAM MEGAH DUA
No akaun      : BANK ISLAM 12159010006531


Terima kasih diatas kerjasama dan sumbangan anda semua.


Kebanyakan maklumat di atas diambil daripada facebook PIBG SKAMD. Sila LIKE disini untuk mendapat maklumat terkini melalui page PIBG SKAMD.

No comments:

Post a Comment