Friday 24 October 2014

BINA DEWAN BERBUMBUNG DENGAN RM300

KEPADA IBU BAPA & WARGA SKAMD:

HANYA DENGAN RM300, KITA DAPAT MEMBINA DEWAN BERBUMBUNG.

SIHATHON SKAMD : SASARAN RM300,000 TERCAPAI JIKA:-



SKAMD mempunyai jumlah murid seramai lebih kurang 930 orang, ibubapa 700 orang dan guru 55 orang. Sasaran di atas akan tercapai jika salah satu atau kesemua kaedah berikut dapat dilaksanakan-:



KAEDAH 1:
Kutipan Minimum RM300.00/KAD
Jika sumbangan daripada ibu sekurang-kurangnya RM100 dan bapa juga RM100, sasaran RM300/kad akan dapat dicapai dengan mudah. Selebihnya, mintalah sokongan majikan kita, rakan sekerja, jiran tetangga, saudara mara, ahli keluarga untuk menambahkan lagi kutipan.
Namun yang paling penting adalah kita sendiri yang kebanyakannya pasangan yang berkerjaya untuk memberi sumbangan sebanyak mungkin demi mencapai matlamat SIHATHON 2014.


KAEDAH 2:
Kutipan Minimum RM500.00/KELUARGA
Kita juga sedia maklum, tidak semua ibubapa dapat menyediakan sumbangan RM300/kad. Kita mengharapkan bagi mereka yang berpendapatan lebih tinggi dapat menampung kekurangan tersebut dengan memberikan derma RM500.00/keluarga.

KAEDAH 3:
Mengikut statistik dan perkiraan biasa, kita mempunyai lebih kurang 3%-5% atau 20 hingga 35 keluarga yang berpendapatan cukup tinggi yang mampu menderma melebihi RM1,000.00. Sumbangan anda dapat amat diperlukan.

KAEDAH 4:
Rasanya ada 0.5% atau 3 hingga 5 keluarga dikalangan kita yang berstatus jutawan. Kami mengharapkan ada hartawan yang cukup budiman dan dermawan untuk membantu sekolah kita ini. 

KAEDAH 5:
Sumbangan Kerajaan, Korporat, Syarikat Swasta & Individu:
Disamping itu juga AJK PIBG turut memohon daripada pelbagai agensi kerajaan, korporat, swasta dan individu tertentu.

Jika kesemua kaedah di atas dapat dilaksanakan, SKAMD akan mempunyai lebihan dana untuk melaksanakan objektif sekolah seperti yang dirancang dan memperluaskan lagi skop penambahbaikan prasarana sekolah yang lain.

Inilah masanya untuk kita memberi sesuatu kepada sekolah yang akan digunakan sampai bila-bila. Tingkatkanlah status kita agar menjadi seorang yang BUDIMAN dan DERMAWAN.

Ayuhlah kita bersatu hati menyumbang sedikit sahaja daripada pendapatan kita untuk kebaikan anak-anak kita bagi jangka masa panjang dan kita juga percaya setiap yang kita keluarkan sekarang untuk jalan kebaikan akan dilipatgandakan pulangannya di masa hadapan.

Sumbangan kita ini akan dimanafaatkan oleh pelajar sekolah ini sampai bila-bila. Ganjaran yang akan kita terima akan berterusan selagi bumbung ini berada di situ.

Bagi ibubapa dan dermawan yang ingin menyumbang lebih dari RM50 dan lebih selesa melalui 'cash tranfer' melalui bank, sila kepilkan bukti pindahan tunai/slip bank tersebut pada borang sumbangan. Atau boleh juga email: pibgskamd@gmail.com ; whatsapp: 0192184120 / 0123808746 dengan menulis nama & kelas murid pada slip berkenaan.

Nama akaun : PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN ALAM MEGAH DUA
No akaun      : BANK ISLAM 12159010006531

Jika anda ingin menderma namun tidak mahu menyatakan nama, sila masukkan terus sumbangan ke akaun di atas.

*MUNGKIN ADA IBUBAPA YANG TIDAK PERASAN BAHAWA KUTIPAN SEPATUTNYA DILAKUKAN OLEH IBUBAPA SEPERTI YANG TERTERA DIBELAKANG KAD SIHATHON. 

*MOHON KERJASAMA IBUBAPA MEMBANTU AJK PIBG DENGAN MENGHULURKAN DERMA SEBANYAK MUNGKIN DEMI KEBAJIKAN ANAK-ANAK KITA SEMUA.

*SASARAN KITA TERLALU JAUH, NAMUN BOLEH DICAPAI DENGAN KERJASAMA KITA SEMUA…

KITA MERANCANG. KITA BERUSAHA & KITA BERDOA AGAR MENJADI KENYATAAN.

No comments:

Post a Comment