KEPADA IBU BAPA & WARGA SKAMD:
HANYA DENGAN RM300, KITA DAPAT
MEMBINA DEWAN BERBUMBUNG.
SIHATHON SKAMD : SASARAN RM300,000 TERCAPAI JIKA:-
SKAMD mempunyai jumlah murid seramai lebih kurang 930 orang, ibubapa 700 orang
dan guru 55 orang. Sasaran di atas akan tercapai jika salah satu atau kesemua kaedah
berikut dapat dilaksanakan-:
KAEDAH 1:
Kutipan Minimum RM300.00/KAD
Jika
sumbangan daripada ibu sekurang-kurangnya RM100 dan bapa juga RM100, sasaran
RM300/kad akan dapat dicapai dengan mudah. Selebihnya, mintalah
sokongan majikan kita, rakan sekerja, jiran tetangga, saudara mara, ahli
keluarga untuk menambahkan lagi kutipan.
Namun
yang paling penting adalah kita sendiri yang kebanyakannya pasangan yang
berkerjaya untuk memberi sumbangan sebanyak mungkin demi mencapai matlamat
SIHATHON 2014.
KAEDAH 2:
Kutipan Minimum RM500.00/KELUARGA
Kita juga sedia maklum, tidak semua ibubapa dapat menyediakan sumbangan
RM300/kad. Kita mengharapkan bagi mereka yang berpendapatan lebih tinggi dapat
menampung kekurangan tersebut dengan memberikan derma RM500.00/keluarga.
KAEDAH 3:
Mengikut statistik dan perkiraan biasa, kita mempunyai lebih kurang 3%-5% atau
20 hingga 35 keluarga yang berpendapatan cukup tinggi yang mampu menderma
melebihi RM1,000.00. Sumbangan anda dapat amat diperlukan.
KAEDAH 4:
Rasanya ada 0.5% atau 3 hingga 5 keluarga dikalangan kita yang berstatus jutawan.
Kami mengharapkan ada hartawan yang cukup budiman dan dermawan untuk membantu
sekolah kita ini.
KAEDAH 5:
Sumbangan Kerajaan, Korporat, Syarikat Swasta & Individu:
Disamping itu juga AJK PIBG turut memohon daripada pelbagai agensi
kerajaan, korporat, swasta dan individu tertentu.
Jika kesemua kaedah di atas dapat dilaksanakan, SKAMD akan mempunyai lebihan dana untuk melaksanakan objektif sekolah seperti yang dirancang dan memperluaskan lagi skop penambahbaikan prasarana sekolah yang lain.
Inilah masanya untuk kita memberi sesuatu kepada sekolah yang akan digunakan sampai bila-bila. Tingkatkanlah status kita agar menjadi seorang yang BUDIMAN dan DERMAWAN.
Jika kesemua kaedah di atas dapat dilaksanakan, SKAMD akan mempunyai lebihan dana untuk melaksanakan objektif sekolah seperti yang dirancang dan memperluaskan lagi skop penambahbaikan prasarana sekolah yang lain.
Inilah masanya untuk kita memberi sesuatu kepada sekolah yang akan digunakan sampai bila-bila. Tingkatkanlah status kita agar menjadi seorang yang BUDIMAN dan DERMAWAN.
Ayuhlah kita bersatu hati menyumbang sedikit sahaja daripada pendapatan kita
untuk kebaikan anak-anak kita bagi jangka masa panjang dan kita juga percaya
setiap yang kita keluarkan sekarang untuk jalan kebaikan akan dilipatgandakan
pulangannya di masa hadapan.
Sumbangan kita ini akan dimanafaatkan oleh pelajar sekolah
ini sampai bila-bila. Ganjaran yang akan kita terima akan berterusan selagi bumbung
ini berada di situ.
Bagi ibubapa dan dermawan yang ingin menyumbang lebih dari RM50 dan
lebih selesa melalui 'cash tranfer' melalui bank, sila kepilkan bukti pindahan
tunai/slip bank tersebut pada borang sumbangan. Atau boleh juga email: pibgskamd@gmail.com ; whatsapp:
0192184120 / 0123808746 dengan menulis nama & kelas murid pada slip
berkenaan.
Nama akaun : PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN ALAM MEGAH DUA
No akaun : BANK ISLAM 12159010006531
Jika anda ingin menderma namun tidak mahu menyatakan nama, sila masukkan terus
sumbangan ke akaun di atas.
*MUNGKIN ADA
IBUBAPA YANG TIDAK PERASAN BAHAWA KUTIPAN SEPATUTNYA DILAKUKAN OLEH IBUBAPA
SEPERTI YANG TERTERA DIBELAKANG KAD SIHATHON.
*MOHON KERJASAMA
IBUBAPA MEMBANTU AJK PIBG DENGAN MENGHULURKAN DERMA SEBANYAK MUNGKIN DEMI
KEBAJIKAN ANAK-ANAK KITA SEMUA.
*SASARAN KITA
TERLALU JAUH, NAMUN BOLEH DICAPAI DENGAN KERJASAMA KITA SEMUA…
KITA
MERANCANG. KITA BERUSAHA & KITA BERDOA AGAR MENJADI KENYATAAN.
No comments:
Post a Comment